Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha ditemui anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC), merangkap Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Han Zheng di Bangkok semalam.
Han Zheng berkata, China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Thailand, memperkukuh perkongsian strategik komprehensif China-Thailand, meningkatkan kerjasama antara China dengan ASEAN serta menggalakkan kemakmuran dan kestabilan serantau. China amat mementingkan hubungan persahabatan dengan pelbagai parti Thailand dan bersedia untuk terus meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan parti-parti tersebut.
Han berkata, bandar Shanghai bersedia untuk menyertai kerjasama pragmatik China-Thailand dan memainkan peranan lebih besar untuk mengembangkan hubungan kedua-dua negara.
Prayut berkata, Thailand amat menghargai persahabatan tradisional Thailand-China dan menaruh perhatian terhadap perkembangan hubungan persahabatan kedua-dua negara. Thailand bersedia untuk menyertai inisiatif "Jalur & Laluan" dan meningkatkan kerjasama pragmatik kedua-dua pihak. China merupakan kuasa penting dalam usaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau. Thailand bersedia menggalakkan kerjasama ASEAN dengan China.