Cari:
Delegasi Belia China Lawat Indonesia 
2016-05-12 14:47:15 CRI Cetak

Setiausaha Sekretariat Pusat Liga Pemuda Komunis China, Wang Hongyan mengetuai delegasi belia China yang terdiri daripada 97 peserta, melawat ke Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia dan mengadakan perbincangan dengan usahawan-usahawan muda negara itu semalam.

Wang Hongyan berkata, Persatuan Pemuda China dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia mempunyai hubungan kerjasama yang erat dan mengadakan pelbagai program pertukaran, seperti lawatan delegasi belia, kem belia China-ASEAN, forum usahawan muda China-ASEAN serta giat menarik lebih banyak belia dari kedua-dua negara untuk menjalinkan hubungan kerjasama.

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Mohammad Ali Emam berkata, belia dari kedua-dua negara diharap dapat meningkatkan komunikasi, persefahaman dan persahabatan dalam Sukan Asia dan Sukan Olimpik 2016 yang bakal diadakan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China