Cari:
Kiraan Undi Pilihan Raya Naib Presiden Filipina Dicurigai
2016-05-12 14:59:53 CRI Cetak

Calon Naib Presiden Filipina, ahli Parlimen, Ferdinand Romualdez Marcos semalam menyatakan kecurigaan terhadap kiraan undi tidak rasmi Pilihan Raya Naib Presiden serta menyeru para penyokongnya agar bersabar.

Ferdinand Romualdez Marcos mengeluarkan kenyataan secara bertulis melalui Suruhanjaya Pilihan Raya semalam, merayu para penyokong dan pengundi yang menyokong pilihan raya yang jujur supaya bersabar dan berwaspada serta tidak mengambil tindakan yang boleh mencetuskan keganasan atau mengganggu kehidupan penduduk awam.

Beliau juga mendedahkan bahawa peguam sedang memantau dan berbincang tentang situasi berkenaan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sesuai.

Setakat semalam, setelah hampir 95 peratus undi dikira, jumlah undi yang diperolehi Ferdinand Romualdez Marcos hanya kurang sedikit berbanding dengan calon parti pemerintah, Leni Robredo.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China