Cari:
Warga Hong Kong China yang Hilang Ditemui Selamat
2016-05-13 11:42:54 CRI Cetak

Empat termasuk tiga pelancong yang hilang di kawasan perairan Kudat sejak 2 Mei lalu telah ditemui selamat.

Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memberitahu wartawan Agensi Berita Xinhua bahawa keempat-empat mangsa tersebut telah diselamatkan oleh nelayan Vietnam yang melalui kawasan perairan itu. Kini, mereka masih berada di laut. Kerajaan Malaysia telah menghubungi pihak berkuasa Vietnam untuk membawa pulang keempat-empat mangsa tersebut ke Malaysia.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat. Pihaknya dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengerahkan kapal untuk mengambil mereka dari kapal nelayan Vietnam tersebut.

Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu telah mengesahkan maklumat tersebut kepada wartawan Agensi Berita Xinhua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China