Cari:
Perdagangan Qinghai-Malaysia Meningkat
2016-05-13 15:10:11 CRI Cetak

Menurut maklumat Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai China, perdagangan antara Qinghai dengan Malaysia pada tahun 2015 melebihi USD 80 juta, naik lebih 50 peratus berbanding dengan tahun 2014.

Ketua Bahagian Perdagangan Luar Jabatan Perdagangan Provinsi Qinghai, Wang Limin memberitahu wartawan, seiring dengan peningkatan kerjasama dan pertukaran lawatan antara Qinghai dengan negara-negara yang terlibat dalam pembangunan "Jalur dan Laluan (B&R)", kerjasama perdagangan Qinghai-Malaysia mencapai tahap paling tinggi dalam sejarah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, buah Gouqi, pakaian Muslim dan produk makanan Qinghai semakin banyak diperkenalkan di pasaran antarabangsa, antaranya Malaysia dan Amerika Syarikat merupakan pasaran eksport utama produk-produk tersebut.

Selain itu, dari tahun 2015 hingga sekarang terdapat banyak syarikat Qinghai menubuhkan syarikat di Malaysia dengan jumlah pelaburan mencecah USD 54.82 juta. Pelaburan yang dibuat meliputi perkhidmatan makanan dan minuman, pakaian Muslim, pembangunan pasaran, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China