Cari:
Duta Besar China ke Indonesia Sampaikan Simpati kepada Anak Kapal China Diselamatkan
2016-05-15 14:28:31 CRI Cetak

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng semalam menyampaikan simpati kepada anak kapal China yang diselamatkan oleh tentera laut Indonesia.

Konsulat jeneral China ke Surabaya mendedahkan hari ini, pihaknya semalam sekali lagi berhubung dengan 11 orang anak kapal dalam kapal kargo Singapura MV Hai Soon No.12 untuk menyampaikan simpati dan keprihatinan Duta Besar China ke Indonesia Xie Feng dan pegawai kedutaan China lain kepada mereka dan turut mendapat maklumat berhubung keadaan kesihatan dan kehidupan mereka.

Menurut maklumat anak kapal tersebut, kapal kargo itu bertolak dari pelabuhan Singapura pada 6 Mei lalu dan dijadualkan mengisi minyak ke kapal penangkap ikan Jepun di kawasan perairan luar Australia. Namun, pada malam 7 Mei lalu kapal itu diculik oleh lanun Indonesia. Tentera laut Indonesia menemukan dan menyelamatkan kapal itu pada 9 Mei.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China