Cari:
Cari MH370: Harapan Semakin Pudar
2016-05-17 15:06:13 CRI Cetak

Harapan untuk menemukan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 semakin pudar, selepas misi pencarian yang dike­tuai Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sejak dua tahun lalu, masih gagal mengesan lokasi tepat pesawat itu terhempas.

Perkara itu diakui sendiri oleh Ketua Eksekutif ATSB, Martin Dolan yang berkata, keyakinannya sema­kin berkurangan untuk menyelesaikan kes kehilangan pesawat MH370, memandangkan tiada petunjuk baharu yang boleh membantu pasukan mencari mengesan lokasi tepat pesawat tersebut hilang.

Menurut beliau, walaupun baki 13,000 kilometer persegi kawasan di Lautan Hindi masih belum diterokai, tetapi harapan menemukan pesawat terbabit sema­kin menurun, menyebabkan pihaknya berfikir semula bahawa usaha ini mungkin gagal.

Jurucakap ATSB yang enggan dikenali berkata, penemuan dua serpihan di Afrika Selatan dan Mauritius pada Mac lalu hanya mengukuhkan teori bahawa pesawat terbabit terhempas di selatan Lautan Hindi.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China