Cari:
Pesawat Terhempas, Juruterbang Selamat
2016-05-18 13:35:44 CRI Cetak

Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas berhampiran dengan kawasan sawah padi di Kampung Serum, Pekan, negeri Pahang, semalam.

Dilaporkan, pesawat jenis Aermacchi MB339CM dari Pangkalan Udara Kuantan itu mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan pada tengah hari semalam.

Kedua-dua juruterbang ber­kenaan dilaporkan selamat apabila berjaya keluar daripada pesawat dengan menggunakan kerusi anjal pesawat, namun seorang daripadanya mengalami kecederaan patah kaki.

Menurut kenyataan TUDM, pihaknya akan menubuhkan lembaga penyiasatan bagi menyiasat punca nahas itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, selepas menerima panggilan, pihaknya mengerahkan ramai anggota ke lokasi pesawat berkenaan dilaporkan terhempas untuk operasi menyelamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China