Cari:
Najib, Putin Bincang Kerjasama Ekonomi
2016-05-19 15:26:26 CRI Cetak

Pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dianggap amat penting dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi kedua-dua pihak.

Demikian dinyatakan Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Hayati Ismail, semalam.

Menurut beliau, pertemuan yang bakal diadakan sempena Sidang Kemuncak Russia-ASEAN di Sochi hari ini amat bermakna kerana kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Putrajaya-Moscow pada April tahun depan.

Datuk Hayati berkata, nilai perdagangan Malaysia-Russia mencatat USD 1.35 bilion (RM 5.46 bilion) tahun lalu, merosot kira-kira 51 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Sebahagian besar eksport Malaysia terdiri daripada barangan elektrik, pakaian dan produk makanan, manakala negara itu pula mengimport minyak mentah dari Rusia.

Oleh hal yang demikian, pertemuan berkenaan amat penting, terutamanya selepas kedua-dua negara menubuhkan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan, tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap Presiden Putin dalam satu kenyataan berkata, antara perkara yang akan dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin ialah pelaksanaan beberapa projek pelaburan dalam sektor tenaga dan kerjasama teknikal ketenteraan serta program kemanusiaan.

(sumber Berita Harian Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China