Cari:
Perbincangan Dua Hala Najib, Putin di Sochi
2016-05-20 14:30:45 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sempena Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN di Sochi, selatan Rusia, Khamis lalu.

Kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai perkara, khususnya membabitkan usaha sama meningkatkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Pertemuan itu penting dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama selepas kedua-dua pihak menubuhkan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan, tahun lalu.

Sidang kemuncak itu menjadi wadah bagi pemimpin-pemimpin anggota negara ASEAN dan Rusia untuk melakarkan hala tuju masa depan rakan perkongsian itu.

Malaysia dan Rusia akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China