Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN bertindak sebagai platform kepada kedua-dua pihak untuk menggariskan hala tuju hubungan perkongsian strategik ke tahap baharu.
Demikian dinyatakan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika menjadi hos majis resepsi untuk pemimpin-pemimpin negara ASEAN, sempena sidang kemuncak itu, semalam.
Menurut beliau, sidang kali ini membolehkan Rusia dan ASEAN memperluas kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan serta isu-isu rantau dan masalah keselamatan global, di samping melaksanakan projek-projek ekonomi berskala besar di kawasan Asia Pasifik.
Dimaklumkan, topik perbincangan hari ini adalah berhubung dengan penjalinan perkongsian rentas sempadan yang membabitkan Kesatuan Ekonomi Eurasia, Komuniti ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).