Jurucakap Kremlin, Dmitri Peskov menyifatkan pertemuan berasingan antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan lapan pemimpin dari negara-negara anggota ASEAN sebagai kaya dengan pelbagai pengisian.
Sepanjang perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Putin berharap agar zon perdagangan bebas (FTA) antara Kesatuan Ekonomi Eurasia-Singapura dapat ditubuhkan demi merangsang pertumbuhan pelaburan dan nilai dagangan kedua-dua negara.
Menurut Timbalan Menteri Luar Rusia, Igor Morgulov, selain Singapura, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Thailand masing-masing menunjukkan kesediaan mereka untuk menyumbang kepada penubuhan FTA berkenaan.