Cari:
49 Konsensus Dicapai ASEAN, Rusia
2016-05-21 14:24:09 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Peringatan Russia-ASEAN telah meluluskan Deklarasi Sochi berjudul "Bergerak Menuju Persahabatan Strategik untuk Faedah Bersama", serta Pelan Tindakan Komprehensif Rusia-ASEAN bagi 2016 hingga 2020 yang mengandungi langkah-langkah untuk mengukuhkan hubungan bagi lima tahun akan datang, semalam.

Dimaklumkan, deklarasi itu mencakupi sebanyak 49 konsensus yang melibatkan bidang politik, keselamatan, ekonomi, sains dan teknologi, kebudayaan, perubahan iklim dan lain-lain.

Mengenai bidang politik dan keselamatan, Rusia dan ASEAN bersetuju mengeratkan lagi hubungan rakan dialog bagi meningkatkan penyelarasan dalam operasi memerangi keganasan antarabangsa, jenayah rentas sempadan dan penyeludupan dadah, serta memelihara keselamatan maklumat, keselamatan maritim dan kebebasan pelayaran.

Dalam isu Laut China Selatan, persidangan itu mahu semua pihak mematuhi Deklarasi Perilaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan menggesa supaya Kod Tata Laku (COC) dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Dari aspek kerjasama ekonomi, Rusia dan ASEAN bersetuju mengambil langkah ke hadapan bagi menjayakan zon perdagangan bebas (FTA) antara negara-negara anggota ASEAN dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU). Selain itu, ASEAN mahu Russia supaya mengambil kesempatan daripada pewujudan Komuniti ASEAN demi meningkatkan lagi perdagangan.

Kerjasama antara kedua-dua pihak ini juga akan meliputi sosial dan kebudayaan serta langkah mengurangkan jurang pembangunan selain meningkatkan aktiviti dalam sektor pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China