Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ditemui Penasihat Negara Myanmr, Aung San Su Kyi semalam. Ini lawatan peringkat tertinggi AS sejak pelantikan presiden dan kabinet baharu Myanmar pada tahun ini.
Kerry menyatakan tahniah kepada Myanmar atas kejayaan peralihan kuasa secara damai. Beliau menyataan ia amat bermakna bagi masyarakat antarabangsa. Beliau juga berpendapat kabinet baharu Myanmar telah mencapai "kemajuan yang luar biasa."
Ketika menyebut sekatan terhadap Myanmar, Kerry menjelaskan sama ada AS akan melonggarkan sekatan terhadap negara itu, berkait rapat dengan proses demokratik Myanmar pada masa depan.
Kerry dan Aung San Su Kyi juga berbincang tentang isu etnik Rohingya yang sensitif dan kedua-dua pihak masih mempunyai pendapat yang berbeza dalam masalah ini.
Aung San Su Kyi berkata, isu itu memang sukar ditangani, maka kerajaan baharu memerlukan masa dan ruang untuk menyelesaikannya.