Cari:
China Tidak akan Terima Keputusan Kes Timbang Tara Berkaitan Isu Laut China Selatan
2016-05-27 14:52:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Walau apa pun keputusan muktamad berhubung kes timbang tara berkaitan Laut China Selatan yang dibangkitkan oleh Filipina, China tidak akan menerima dan mengiktiraf keputusan berkenaan.

Demikian ditegaskan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun dalam sidang media di Beijing semalam.

Yang berkata, China bukan negara pertama yang tidak menerima dan melaksanakan keputusan timbang tara antarabangsa berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).

Beliau menegaskan bahawa China tetap mempertahankan hak kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim negara. Penambahan penempatan tentera di Laut China Selatan yang dilakukan oleh negara dari luar rantau ini adalah ancaman yang terbesar bagi kedamaian dan kestabilan di kawasan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China