Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhang Dejiang ditemui Pengerusi Majlis Perundangan Thailand, Pornpetch Wichitcholchai di Beijing semalam.
Zhang Dejiang menyatakan China dan Thailand merupakan negara jiran yang rapat dan rakan kerjasama yang saling mempercayai. Kedua-dua negara perlu terus aktif mendorong kerjasama dalam pelbagai bidang, terus saling memahami dan menyokong dalam isu penting supaya kerjasama persahabatan China-Thiland mencapai kemajuan yang baharu.
Wichitcholchai pula berkata, hubungan badan perundangan kedua-dua negara amat erat yang telah mendorong persahabatan rakyat dan rakyat kedua-dua negara. Majlis Perundangan Thailand bersedia terus meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan NPC dan memainkan peranan positif bagi mendorng perkembangan hubungan China-ASEAN.