Cari:
Majlis Meletakkan Batu Asas Projek Bangunan Hospital 103 Laos
2016-05-28 15:41:22 CRI Cetak

Majlis meletakkan batu asas projek bangunan hospital 103 tentera rakyat Laos dengan sumbangan dan bantuan Kementerian Pertahanan China diadakan di Vientaine, Laos semalam.

Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan, Duta Besar China ke Laos, Guan Huabing, Menteri Pertahanan Laos, Chansamone Chanyalath menghadiri majlis tersebut.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Logistik Tentera Rakyat Laos, Khamphet Sisanon menyatakan terima kasih terhadap bantuan China. Beliau berkata, China dan Laos merupakan negara jiran yang bersahabat. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pemimpin kementerian pertahanan kedua-dua negara amat mementingkan pengembangan pesahabatan tentera dua hala dan mencapai kemajuan yang cemerlang serta memberi sumbangan penting bagi pembangunan sosioekonomi Laos.

Wakil tentera China, Mejar Jeneral Fang Beiqun menyatakan, China akan bekerjasama rapat dengan Laos, membina bangunan perubatan hospital 103 sebagai satu pusat perkhidamatan komprehensif dan menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi kepada rakyat Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China