Cari:
Pertandingan Akhir "Jambatan Bahasa Mandarin" di Myanmar
2016-05-30 13:11:38 CRI Cetak

Pertandingan akhir kecekapan berbahasa Mandarin untuk pelajar asing, iaitu "Jambatan Bahasa Mandarin" bagi kawasan Yangon, Myanmar telah diadakan pada 28 Mei lalu.

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang ketika menyampaikan ucapan dalam pertandingan itu berkata, aktiviti tersebut diibaratkan "jambatan yang memperkukuh komunikasi, persahabatan dan kerjasama" antara China dengan Myanmar.

Kedua-dua negara yang merupakan jiran yang baik sejak sekian lama, kini mempunyai potensi kerjasama yang amat luas. Pertandingan akhir itu telah disertai oleh enam orang mahasiswa dan enam orang pelajar sekolah menengah dari Myanmar.

Pertandingan tersebut terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu pengetahuan bahasa Mandarin, pidato umum dan pertunjukan bakat yang mempunyai unsur kebudayaan Cina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China