gambar data: Yingluck Shinawatra
Kerajaan Thailand akan membatalkan larangan ke luar negara bagi sesetengah tokoh politik bermula minggu ini.
Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Pertahanan, Prawit Wongsuwan semalam berkata, tindakan itu mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap tokoh politik berkenaan.
Tokoh politik yang tidak terlibat dengan prosiding tersebut dibenarkan ke luar negara, dan sama ada mahu menyertai arena politik semula atau tidak, terserah kepada mereka.
Menurut kerajaan Thailand, pembatalan larangan itu akan berkuat kuasa mulai 1 Jun nanti.
Namun, larangan ke luar negara bagi mantan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dikekalkan kerana beliau menghadapi tuduhan jenayah berhubung skim subsidi beras.