Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa negara ASEAN melaksanakan transformasi secara aktif dalam kemasyarakatan, tatacara sistem dan pemikiran bagi membentuk komuniti ASEAN yang berintegrasi, inovatif dan maju.
Beliau berkata demikian dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN 2016 di Kuala Lumpur semalam.
Menurut beliau, walaupun ASEAN dikritik kerana kurang efisien dan lambat membangun pada masa lalu, namun mungkin itulah kepesatan pembangunan yang sesuai dan stabil untuk ASEAN bagi mewujudkan perpaduan dan kemakmuran.
Tambah beliau, China sudah bangkit menjadi entiti ekonomi global yang tidak boleh diabaikan.
ASEAN kini memainkan peranan yang penting dalam inisiatif-inisiatif China seperti "Jalur dan Laluan" (B&R) dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).