Cari:
China, Kemboja Ikrar Perkukuh Persahabatan
2016-06-04 15:35:06 CRI Cetak

Lawatan Raja Norodom Sihamoni diyakini akan memperkasakan hubungan China-Kemboja, mengukuhkan persahabatan tradisional dan mendorong kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika bertemu dengan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Li berkata, China bersedia untuk merapatkan pertukaran dan kerjasama serta meningkatkan penyelarasan dengan Kemboja dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau demi meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap baharu.

Tambah beliau lagi, China menyokong proses integrasi ASEAN dan pembangunan komuniti ASEAN. China menghargai peranan positif Kemboja dalam hal ehwal ASEAN, dan berharap Kemboja dapat memberi sumbangan baharu untuk memperkasakan hubungan China-ASEAN serta keamanan dan pembangunan serantau.

Raja Norodom Sihamoni bertitah bahawa Kemboja bersedia terus mengukuhkan persahabatan dengan China, memperkasakan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, serta mendorong hubungan Kemboja-China dan hubungan ASEAN-China terus berkembang maju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China