Cari:
China, Kemboja Komited Perkukuh Hubungan Dua Hala
2016-06-04 14:12:29 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni di Beijing semalam. Kedua-dua pihak menzahirkan ikrar untuk terus memperkukuh hubungan baik sesama tetangga dan kerjasama saling menguntungkan, sekali gus mempertingkat perkongsian strategik komprehensif demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Xi dalam rundingan itu melahirkan harapan supaya kedua-dua negara mempercepat penyelarasan strategi pembangunan dan memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), industri pertanian, infrastruktur dan telekomunikasi.

Beliau juga mahu kedua-dua pihak terus mengintensifkan pertukaran sosiobudaya serta kerjasama dalam bidang pelancongan dan pendidikan demi mengukuhkan asas untuk perkembangan hubungan dua hala pada masa akan datang.

Raja Norodom Sihamoni pula bertitah bahawa China merupakan rakan penting bagi Kemboja. Pihak Kemboja bersedia untuk mempergiat kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China