Cari:
Gempa Bumi di Maluku, Tiada Kematian Dilaporkan
2016-06-06 11:14:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda kawasan perairan berhampiran dengan wilayah Maluku, timur Indonesia hari ini. Setakat kini, tiada kematian atau kemusnahan harta benda dilaporkan berikutan gempa bumi kali ini.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, pusat gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.25 pagi itu terletak di kawasan perairan 146 kilometer dari Buru Selatan, wilayah Maluku dan kira-kira 299 kilometer dari Kota Ambon, ibu kota Maluku, pada kedalaman 445 kilometer.

BMKG tidak mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China