Cari:
Penumpang MH1 Cedera Pesawat Dilanda Gelora Udara
2016-06-06 13:24:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH1 dari Lapangan Terbang Heathrow London (LHR) menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) mengalami gangguan gelora udara ketika berada di ruang udara Teluk Bengal hingga menyebabkan beberapa penumpang dan anak kapal cedera.

Walau bagaimanapun, pesawat MH1 yang membawa 378 orang penumpang tersebut selamat mendarat di KLIA tepat pada masanya, iaitu pukul 6.10 petang 5 Jun lalu.

Mangsa kejadian dilaporkan sudah menerima rawatan daripada pasukan keselamatan sebaik-baik sahaja tiba di KLIA selepas pesawat itu mendarat.

MAS malam semalam dalam kenyataannya turut memohon maaf kepada para penumpang dan pada masa yang sama menyatakan bahawa keadaan cuaca yang buruk seumpama itu adalah di luar kawalan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China