Aktiviti tersebut diharap dapat menarik lebih ramai pelancong China untuk memahami dan memilih pakej dan perkhidmatan pelancongan Thailand bagi merancakkan perkembangan industri pelancongan negara itu.
TAT akan menyampaikan trofi kepada agensi-agensi pelancongan yang menang dalam majlis penyampaian anugerah yang bakal diadakan pada 27 Jun ini.
Pelancong China yang menyertai peraduan kali ini berpeluang untuk melancong ke Bangkok dan tempat di sekitar bandar itu atau memenangi tiket kapal terbang ke destinasi pelancongan yang terkenal di Thailand serta hadiah-hadiah yang disediakan oleh TAT.