Cari:
ACLA Bantah Kes Timbang Tara Laut China Selatan yang Difailkan Filipina
2016-06-08 11:23:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Persatuan Peguam Seluruh China (ACLA) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kes timbang tara Laut China Selatan yang difailkan secara sepihak oleh Filipina.

Kenyataan itu menyatakan bahawa ACLA menyokong sepenuhnya pendirian kerajaan China dalam isu Laut China Selatan. Mana-mana negara, institusi dan individu tidak berhak untuk menafikan hak kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim China di Laut China Selatan.

Filipina mencabuli peraturan dalam Deklarasi Tatalaku (DoC) Pihak-pihak berkaitan dengan Laut China Selatan, menyalahgunakan prosedur timbang tara yang ditetapkan dalam Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) serta menafikan hak China untuk memilih saluran penyelesaian pertikaian. Tindakan Filipina menfailkan secara sepihak kes timbang tara Laut China Selatan adalah tidak sah.

Selain itu, tindakan Tribunal Timbang Tara Antarabangsa yang menyimpang daripada prinsip dan tujuan UNCLOS turut menjejaskan integriti dan kewibawaan UNCLOS serta pengadilan badan kehakiman antarabangsa.

China tidak akan menerima, menyertai dan mengiktiraf kes timbang tara Laut China Selatan yang difailkan secara sepihak oleh Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China