Cari:
Latihan Ketenteraan Bersama China-Thailand Berakhir
2016-06-08 11:28:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Latihan Bersama Angkatan Tentera Laut China-Thailand yang berkod "Blue Blitz 2016" yang diadakan di kem latihan wilayah Hanthaburi, Thailand telah berakhir pada 7 Jun lalu.

Timbalan Komander Tentera Laut China, Wang Hai ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan berkata, latihan bersama kali ini diharap dapat menggalakkan pertukaran dan kerjasama pragmatik antara tentera laut China dengan Thailand bagi mengeratkan persahabatan antara tentera kedua-dua negara.

Komander Angkatan Tentera Laut Thailand, Ladtana berkata, latihan bersama yang dijayakan melalui kerjasama pelbagai unit itu bukan sahaja menjadi wadah pertukaran pengalaman dan kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain, malah memperkukuh hubungan persahabatan antara tentera laut dan rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China