Cari:
Minggu Muzik China-ASEAN ke-5 di Nanning
2016-06-08 15:16:18 CRI Cetak

Minggu Muzik China-ASEAN ke-5 2016 telah dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China malam semalam.

Lebih 220 pemuzik dari 25 buah negara dan kawasan mengambil kesempatan ini untuk bertukar-tukar pandangan tentang kesenian dan berkongsi karya serta berbincang tentang penciptaan karya yang menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden.

Pengerusi Persatuan Pemuzik China, Ye Xiaogang menyatakan bahawa pemuzik dari pelbagai negara memanfaatkan minggu muzik tersebut untuk bertukar-tukar idea serta menggalakkan integrasi budaya, keamanan dunia dan kemajuan sosial memberikan sumbangan yang positif.

Jeneral Konsul Vietnam ke Nanning, Pham Thanh Binh dalam majlis perasmian itu pula berkata, minggu muzik ini merupakan jambatan bagi meningkatkan persefahaman dan mengeratkan persahabatan antara rakyat negara ASEAN dengan China.

Dalam tujuh hari berikutnya, 22 konsert, tiga forum pemuzik dari pelbagai negara dan enam seminar akan diadakan. Orkestra kamar bertaraf antarabangsa dari Amerika Syarikat, Jerman, Singapura, Malaysia,Vietnam,Indonesia, Kemboja dan Filipina akan mengadakan persembahan mengikut giliran masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China