Ketua Eksekutif Dewan Perniagaan China-ASEAN (CABC) yang juga tokoh perniagaan ASEAN China, Xu Ningning menyatakan bahawa sempena pembinaan inisiatif Laluan Sutera Maritim, syarikat-syarikat China yang menjalankan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan ASEAN perlu mengetahui dan memahami keperluan ASEAN, serta memadankan syarikat negara ASEAN berdasarkan kelebihan masing-masing.
Mesyuarat kali ini dianjurkan oleh CABC dan kerajaan Kaunti Pan provinsi Guizhou. Seramai lebih 200 tetamu termasuk duta besar, kaunselor perniagaan, wakil agensi pelancongan dan ahli perniagaan negara ASEAN, pegawai dari Guizhou dan wakil-wakil sektor berkaitan telah menghadiri mesyuarat tersebut.