Cari:
Pemilihan Perwakilan Perhimpunan Kebangsaan Vietnam ke-14
2016-06-10 11:50:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sebanyak 496 wakil Perhimpunan Kebangsaan (NA) Vietnam ke-14 telah berjaya dipilih pada 9 Jun lalu.

Wakil-wakil tersebut akan sekali lagi memilih pucuk pimpinan penggal baharu, termasuk Presiden, Perdana Menteri dan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan dalam persidangan pertama Perhimpunan Kebangsaan penggal baharu yang dijadualkan pada bulan Julai.

Demikian diumumkan oleh Jawatankuasa Kerja Perwakilan Perhimpunan Kebangsaan Vietnam di Hanoi semalam.

Jawatankuasa itu mendedahkan bahawa kira-kira 67 juta pengundi di seluruh negara telah mengundi untuk memilih wakil Perhimpunan Kebangsaan Vietnam penggal baharu, dengan kadar pengundian mencatat 99.35 peratus. Wakil-wakil Perhimpunan Kebangsaan penggal baharu meliputi 135 wakil wanita, 86 wakil etnik minoriti dan 21 tokoh bukan anggota Parti Komunis Vietnam.

Tempoh penggal perwakilan Perhimpunan Kebangsaan Vietnam ke-14 akan tamat pada tahun 2021.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China