Cari:
Bilangan Pelancong Thai ke Malaysia Meningkat
2016-06-10 13:40:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bilangan pelancong Thai ke Malaysia pada suku pertama tahun ini mencatat peningkatan 31.7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, menurut Pejabat Tourism Malaysia.

Pengarah Tourism Malaysia di Thailand dan Myanmar, Sulaiman Suip, berkata pada suku pertama tahun ini 409,000 pelancong Thai melawat ke Malaysia berbanding dengan 311,000 pada suku pertama 2015.

Sulaiman berkata, pelbagai faktor memainkan peranan di sebalik peningkatan pelancong Thai ke Malaysia, antaranya termasuklah pengukuhan mata wang Baht berbanding Ringgit Malaysia.

Produk seperti taman tema Legoland, Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun terus dipasarkan dengan agresif di pasaran pelancong Thai, selain jualan pakej ke Malaysia pada April meningkat 15 peratus.

Tarikan baharu seperti Malaysia Animation Park Studios serta Taman Tema Nickelodeon pertama Asia di Sunway, turut dipasarkan di Thailand untuk menarik lebih ramai pelancong negara itu mengunjungi Malaysia.

(sumber: BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China