Kementerian Luar Filipina dan Kedutaan Besar China di Filipina bersama-sama dengan pelbagai lapisan masyarakat Cina Filipina mengadakan malam kesenian untuk meraikan ulang tahun ke-41 terjalinnya hubungan diplomatik Filipina-China dan Hari Persahabatan Filipina-China ke-15 di Manila semalam.
Duta Besar China, Zhao Jianhua, Naib Menteri Luar Filipina, Manalo, jurucakap Presiden Baharu Filipina dan para pegawai yang lain telah bersama-sama menyaksikan persembahan itu.
Duta Besar China, Zhao Jianhua dalam ucapannya berkata, pertukaran persahabatan dan tradisi kerjasama antara China dengan Filipina mempunyai sejarah yang panjang dan berdasarkan pandangan umum, di samping selaras dengan kepentingan asas dan keperluan realiti rakyat kedua-dua negara. China bersedia untuk bersama-sama dengan kerajaan baharu Filipina untuk mengembalikan semula hubungan dua hala kembali ke landasan yang betul dan merancang masa depan.
Jurucakap Presiden baharu Filipina ketika menyampaikan ucapan menyatakan bahawa Presiden Filipina berjanji untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan China dan dialog antara kerajaan juga bakal diadakan.