Cari:
Thailand Peringati Ulang Tahun ke-70 Pertabalan Raja Bhumibol Adulyadej
2016-06-10 11:48:54 CRI Cetak

Thailand mengadakan pelbagai aktiviti sempena memperingati ulang tahun ke-70 pertabalan Raja Bhumibol Adulyadej semalam.

Menurut laporan Bangkok Post, rakyat Thailand yang memakai baju berwarna kuning membanjiri jalan-jalan utama untuk memberikan penghormatan dan menunjukkan taat setia kepada raja. Pada hari yang sama, rakyat Thailand juga berbaris di depan beberapa bank komersial utama di Bangkok untuk membeli wang kertas khas memperingati ulang tahun ke-70 pertabalan Raja Thailand.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengetuai menteri-menteri dan pegawai kanan tentera menghadiri aktiviti sambutan berkenaan. Tokoh-tokoh politik negara lain turut mengucapkan tahniah kepada Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China