Konsul Jeneral China ke Changwat Songkhla Thailand, Wang Huijuan dan Ketua Pejabat Biro Pelancongan China ke Bangkok, Zhang Xinhong semalam telah pergi ke empat buah hospital di Phuket untuk menziarahi dan menyampaikan ucapan takziah kepada pelancong China yang cedera dalam insiden perlanggaran bot pada 8 Jun lalu.
Kemalangan itu telah mengakibatkan dua warga China maut, manakala 34 lagi cedera, termasuk tujuh orang mangsa masih menerima rawatan di hospital.
Pada ketika ini, pihak polis Phuket telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden tersebut. Dua pemandu bot yang terlibat kemalangan itu telah ditahan dan akan didakwa.