Pihak polis Indonesia berjaya menangkap tiga suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) dan ketiga-tiga suspek tersebut sedang merancang untuk melancarkan serangan bom pada bulan Ramadan.
Menurut media tempatan, jurucakap polis Indonesia melaporkan bahawa ketiga-tiga suspek itu telah ditangkap di Surabaya, bandar kedua terbesar Indonesia malam kelmarin. Selain itu, pihak polis juga berjaya menemui bahan yang digunakan untuk membuat bom, senapang dan jaket bom.
Jurucakap itu menyatakan bahawa ketiga-tiga suspek itu merancang untuk melancarkan serangan bom terhadap polis pada bulan Ramadan, selain mengaku sering mengikuti maklumat yang dimuat naik oleh IS dalam media sosial.