Cari:
Tindakan Membanteras Dadah di Myanmar Berhasil
2016-06-12 16:24:59 CRI Cetak

Kerajaan Myanmar memulakan gerakan membanteras dadah pada 1 Mei lalu. Setakat 9 Jun lalu, pihak polis telah melancarkan 210 serbuan di Yangon dan menangkap lebih 600 orang yang terlibat dengan jenayah dadah, antaranya termasuk 311 penghidap dadah dan 300 orang penjual dadah.

Menurut maklumat berkenaan, gerakan yang berlangsung tiga bulan itu meliputi membanteras gejala penagihan dadah dan memperkenalkan pengetahuan mengenai pengawalan dan pencegahan dadah.

Pegawai pasukan membanteras dadah pihak polis Myanmar, Kyaw Kyaw Myint berkata, pendidikan pencegahan dadah khususnya kepada remaja dan kanak-kanak amat penting.

Beliau turut menyatakan bahawa sejak Myanmar bersama-sama dengan China, Laos dan Thailand menjalankan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di Sungai Mekong pada penghujung tahun 2011, tindakan membanteras dadah telah mencapai hasil yang baik, dan mencegah dengan berkesan kegiatan penyeludupan dadah di kawasan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China