Isu Laut China Selatan dijangka dibangkitkan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China di Kunming, China, esok.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, yang mencadangkan mesyuarat tersebut, akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan
Menurut kenyataan Wisma Putra, mesyuarat itu adalah bagi membincangkan dengan lebih lanjut perkembangan dalam hubungan Dialog ASEAN-China serta keutamaan dan hala tuju Perkongsian Strategik ASEAN-China.
(sumber Bernama Malaysia)