Cari:
Matrade Rancang 150 Program Promosi Produk Tempatan Ke Luar Negara
2016-06-14 14:44:26 CRI Cetak

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) merancang 150 program dalam mempromosikan produk tempatan ke luar negara sepanjang tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 85 melibatkan program promosi eksport pelbagai produk dan perkhidmatan dan 65 adalah program pembangunan pengeksport.

Promosi kedua-dua program itu antara lainnya memfokuskan kepada sektor makanan dan minuman, sektor minyak dan gas, sektor peralatan perubatan serta sektor pembinaan dan perkhidmatan profesional.

Mustapa berkata, pihaknya juga turut menumpukan kepada program untuk sektor-sektor seperti elektrik dan elektronik, teknologi maklumat dan komunikasi, bahan binaan, gaya hidup, komponen automotif, aeroangkasa dan sektor lain-lain.

Menurutnya, antara program promosi eksport yang dijalankan bagi sektor itu tahun ini ialah Arab Health 2016 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jan, Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Peru dan Mexico pada Mei dan SEMICON West 2016 di San Francisco, Amerika Syarikat pada 12 hingga 14 Julai ini.

(sumber Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China