Cari:
Malaysia, Korea Selatan Bincang Projek HSR KL-Singapura
2016-06-16 13:37:01 CRI Cetak

Korea Selatan mengadakan perbincangan dengan Malaysia tentang kemungkinan untuk menyertai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Dalam perbincangan antara Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Kang Ho-in dengan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kuala Lumpur semalam turut menyentuh projek yang sedang diusahakan kerajaan tersebut.

Apabila ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Liow berkata, perbincangan tersebut berlangsung dengan baik dan positif.

Malaysia mengalu-alukan penyertaan republik itu dalam projek berkenaan.

Korea Selatan, yang berpengalaman selama 12 tahun dalam pembinaan Tren Ekspes Korea (KTX) tahun lepas, melahirkan hasrat untuk membida projek sepanjang 350 kilometer yang bermula di Bandar Malaysia, kira-kira tujuh kilometer dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan berakhir di Jurong Timur, Singapura.

Dilaporkan, republik berkenaan berminat untuk bekerjasama dan berkongsi kepakaran dalam projek HSR dengan kerajaan Malaysia, di samping berhasrat dapat menjalinkan usaha sama dari segi pemindahan teknologi untuk projek pengangkutan berkenaan.

Selain projek berkenaan, Kang berkata, kedua-dua pihak turut mahu mengukuhkan kerjasama dalam bidang pengangkutan, keselamatan maritim dan penerbangan, yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China