Cari:
Filipina, Malaysia, Indonesia Bincang Isu Perangi Jenayah Maritim
2016-06-21 13:19:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Menteri Pertahanan Filipina, Malaysia dan Indonesia yang diadakan di Manila semalam membincangkan kerjasama memerangi kegiatan jenayah maritim, antaranya termasuklah penculikan dan rampasan senjata.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Filipina, ketiga-tiga negara membincangkan cabaran keselamatan yang semakin meruncing di rantau ASEAN, khususnya di kawasan perairan yang diberikan perhatian bersama ketiga-tiga negara.

Kementerian itu mendedahkan bahawa menteri pertahanan ketiga-tiga negara komited untuk bersama-sama menangani ancaman-ancaman yang menjejaskan kedamaian, keselamatan dan kemakmuran serantau.

Mesyuarat tiga pihak tersebut dihadiri oleh Menteri Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China