Parti Rakyat Kemboja (CPP) dalam kenyataan yang dikeluarkan malam semalam menggesa negara-negara yang terlibat secara langsung dalam isu Laut China Selatan agar menyelesaikan pertikaian melalui rundingan damai.
Menurut kenyataan tersebut, CPP berpendapat bahawa semua pihak yang terlibat perlu bertenang dan bersabar bagi mengelakkan sebarang bentuk kekerasan digunakan dalam usaha menyelesaikan isu Laut China Selatan.
Kemboja sentiasa memainkan peranan sebagai pengantara untuk melindungi kestabilan dan keharmonian hubungan ASEAN dengan China.
CPP turut menegaskan, Kemboja tidak akan menyertai dan mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyokong keputusan kes timbang tara berhubung dengan isu Laut China Selatan.