Cari:
Penerbangan Terus Guangzhou-Melaka Mula Beroperasi September
2016-06-23 13:26:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Penerbangan terus dari bandar Guangzhou, China ke Melaka, Malaysia akan mula beroperasi pada 29 September tahun ini.

Penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan China Southern Airlines (CSAir) itu merupakan penerbangan pertama dari Tanah Besar China ke Melaka.

Pengurus CSAir berkata, pakej pelancongan ke Singapura, Malaysia dan Thailand merupakan pakej pelancongan yang paling digemari pelancong China.

Namun, melancong ke Melaka menjanjikan pengalaman yang amat berbeza bagi pelancong China.

Penerbangan CSAir dari Guangzhou ke Melaka dijadualkan akan beroperasi secara carter dari bulan September 2016 hingga Januari 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China