Cari:
Malaysia Mahu Tingkatkan Kerjasama Kereta Api dengan China
2016-06-23 14:26:34 CRI Cetak

Memandangkan prospek kereta api dalam ASEAN, penyertaan Malaysia dalam Forum Kerjasama dan Pembangunan Kereta Api di Beijing, China adalah tepat pada masanya.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata infrastruktur pengangkutan adalah pemacu utama ekonomi ASEAN, dan perbelanjaan untuk pembangunan infrastruktur rel di ASEAN sahaja diunjurkan kira-kira 119 bilion dolar Amerika menjelang tahun 2020.

Beliau yang berpeluang mengadakan pertemuan dengan Yang Chuantang, Menteri Pengangkutan China dan Lu Chunfang, Timbalan Pengurus Besar China Railway turut berkata sektor kereta api di Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang, dan oleh itu, kerajaan komited untuk menyokong pertumbuhannya secara berterusan.

Katanya Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura juga selari dengan Laluan Kereta Api Singapura-Kunming yang akan menghubungkan negara-negara ASEAN dengan China sebagai sebahagian daripada inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Forum berkenaan dianjurkan sempena pameran Modern Railways 2016 yang dihoskan oleh China Railway. Ia membabitkan penyertaan 200 peserta dari seluruh dunia yang merupakan acara terbesar kereta api di Asia Pasifik yang menampilkan terkini daripada segi teknologi kereta api, sistem, peralatan dan lain-lain. Acara itu turut menghimpunkan pemimpin-pemimpin industri serta penggubal dasar dari China, Eropah, Amerika Syarikat, dan Malaysia, ke satu platform yang memberi tumpuan kepada sektor kereta api. Sekian laporan Sharifah Hj Mohd Yusoff untuk pertukaran berita RTM/CRI.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China