Cari:
Thailand Anjur Parti Pantai Putih untuk Pasangan China
2016-06-27 13:20:02 CRI Cetak

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) menganjurkan Parti Pantai Putih untuk 51 pasangan China yang menyertai pakej pelancongan bulan madu Thailand di Pulau Samui, wilayah Suratthani kelmarin.

Parti tersebut bertujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan bulan madu di Thailand kepada pelancong China, sekali gus merancakkan perkembangan sektor pelancongan mewah yang terdapat di Thailand.

Ketua Bahagian Asia Timur TAT, Runjuan Tongrut berkata, matlamat pakej pelancongan tersebut adalah untuk meningkatkan kualiti pelancongan di Thailand serta pemahaman pelancong tentang Thailand sebagai destinasi pelancongan bulan madu yang terbaik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China