Cari:
China, Thailand Sedia Perkasakan Kerjasama
2016-06-27 17:06:40 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli bertemu dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Somkid Jatusripitak di Dewan Besar Rakyat, Beijing hari ini.

Menurut Zhang, China bersedia untuk terus memperkasakan penyelarasan strategi pembangunan antara kedua-dua negara, saling memahami dan saling menyokong dalam isu-isu penting yang perlu diberikan perhatian bersama, terus meningkatkan kerjasama dan pertukaran dalam pembinaan landasan kereta api, ekonomi dan perdagangan serta kebudayaan, di samping mengukuhkan penyelarasan dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa bagi mendorong perkongsian kerjasama strategik komprehensif kedua-dua negara.

Somkid pula berkata, Thailand amat mementingkan hubungan dengan China dan yakin bahawa pembangunan ekonomi China masih memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi serantau, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Thailand berharap dapat menjalinkan kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah projek kereta api dan ekonomi digital demi pembangunan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China