Cari:
China, Vietnam Ikrar Perkasakan Kerjasama
2016-06-28 14:18:08 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi bertemu secara berasingan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong dan Presiden Vietnam, Tran Dai Quang di Hanoi semalam.

Yang menyatakan bahawa kedua-dua pihak perlu melaksanakan persepakatan pemimpin dengan bersungguh-sungguh, mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, memperkasakan kerjasama dalam bidang pertahanan, diplomasi dan penguatkuasaan undang-undang, mempercepat penyelarasan strategi pembangunan, di samping bersama-sama mendorong pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) dan "dua koridor satu lingkaran".

Selain itu, kedua-dua pihak juga perlu berusaha meningkatkan skala dan tahap kerjasama pragmatik, mengukuhkan pertukaran sosiobudaya dan kerjasama yang berkaitan dengan kesejahteraan hidup rakyat, serta bersama-sama mendorong kerjasama maritim dan menangani perselisihan dengan baik demi memelihara kestabilan kawasan perairan.

Nguyen Phu Trong pula berkata, Vietnam amat mementingkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif dengan China.

Vietnam berharap dapat meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, mengukuhkan rasa saling mempercayai dari segi politik, memperluas kerjasama pragmatik, mengeratkan persahabatan dalam kalangan rakyat dan menangani perselisihan secara baik bagi menggalakkan perkembangan hubungan bilateral.

Menurut Tran Dai Quang, kerjasama Vietnam-China dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil yang membanggakan.

Kedua-dua pihak perlu memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Pembimbing Kerjasama Dua Hala untuk mendorong pertukaran lawatan pelbagai peringkat dan kerjasama dalam pelbagai bidang mencapai kemajuan baharu secara berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China