Mesyuarat ke-9 Jawatankuasa Pembimbing Kerjasama Dua Hala China-Vietnam diadakan di Hanoi semalam.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh.
Ketika berucap dalam mesyuarat tersebut, Yang Jiechi berkata, kedua-dua pihak perlu melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dengan bersungguh-sungguh, mengadakan penyelarasan dengan pelbagai jabatan untuk menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang, di samping menangani perselisihan dengan baik bagi memastikan perkongsian strategik komprehensif terus stabil dan melangkah maju ke hadapan.
Pham Binh Minh pula berkata, hubungan Vietnam-China mengekalkan trend perkembangan yang positif sejak kebelakangan ini.
Pertukaran lawatan antara pemimpin kedua-dua negara yang semakin kerap membantu mewujudkan pelbagai konsensus penting bagi mengekalkan perkembangan hubungan dua hala yang sihat dan stabil.
Beliau yakin mesyuarat kali ini akan terus menyumbang kepada pengukuhan kerjasama antara Vietnam dengan China dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan kemasyarakatan.