Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague (PCA) semalam memaklumkan bahawa pihaknya akan mengumumkan keputusan kes berhubung dengan pertikaian Laut China Selatan pada 12 Julai ini.
China telah kerap kali mengeluarkan kenyataan bahawa kes timbang tara tersebut adalah di luar bidang kuasa tribunal berkenaan.
Maka, sebarang keputusan yang dibuat oleh tribunal itu adalah tidak sah.
China tidak mengiktiraf dan tidak akan menerima keputusan tersebut.