Rodrigo Duterte mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina ke-16 di Manila semalam.
Dalam ucapan pada majlis angkat sumpah, Duterte berkata kerajaan pimpinannya akan melipatgandakan usaha untuk memerangi kegiatan jenayah seperti penyeludupan dadah dan rasuah.
Kata beliau, usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan merupakan satu tugasan penting bagi kerajaan pada masa ini.
Beliau turut mengkritik kerajaan sebelumnya kerana gagal dalam usaha membasmi kemiskinan.