Cari:
MH370: Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri pada 19 Julai
2016-07-02 15:14:47 CRI Cetak

Mesyuarat tiga pihak peringkat menteri mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang akan diadakan pada 19 Julai di Kuala Lumpur untuk membincangkan hala tuju pencarian.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, menteri pengangkutan dari Malaysia, China dan Australia akan menghadiri mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya mengenai pencarian pesawat malang itu yang hilang pada 8 Mac 2014.

Tiong Lai berkata, ketiga-tiga buah negara komited untuk meneruskan pencarian di kawasan seluas 120,000 km persegi dan setakat ini pencarian meliputi 107,000 km persegi sudah selesai. Cuaca buruk telah menghalang operasi mencari. Bagaimanapun misi pencarian akan diteruskan pada Oktober apabila keadaan cuaca bertambah baik.

-BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China